Pertandingan Memanah Recurve MSSD Jerantut
04 Julai 2018 : SMK PPTR, Jerantut, satu pertandingan memanah recurve telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Tun Razak (SMKPPTR) bermula jam 08.00 pagi hingga jam 05.00 petang.
Pertandingan ini diadakan bagi melihat dan memilih para peserta daripada daerah Jerantut yang akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri pada 16 julai 2018 ini.
SMABKT telah menghantar seramai 4 orang peserta, 2 peserta perempuan bawah 18 tahun dan 2 peserta lelaki bawah 15...

Majlis Silaturahim Aidilfitri dan Ramah Mesra
03 Julai 2018 : Dewan Terbuka Rumpun Makmur, Majlis Silaturahim Aidilfitri dan Ramah Mesra bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang bersama Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) telah diadakan dengan jayanya.
Majlis ini dirasmikan oleh YAB Dato Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi itu disambut dengan meriah oleh warga JAIP dan masyarakat sekitar rumpun makmur. Majlis seperti ini dapat...

Pemantauan 4K Tahun 2018
Alhamdulillah.. selesai sudah pemantauan 4K daripada bahagian Pendidikan JAIP tahun ini.
Terima kasih atas kehadiran para pemantau ke smabkt :-
1. Ustaz Mohammad bin Ab Rahman
2. Ustaz Mohd Najib bin Jaafar
3. Cikgu Aminah Murni bt Hassan
4. Ustazah Suhaina Aida Bt Abd Rashid
5. Ustaz Mohamad Hafiz Bin Mahusin
03 Julai 2018
09.00 Pagi - 02.30 Petang
09.00 Pagi - 02.30 Petang
Gotong-Royong Perdana 2018/2
30 Jun 2018 : Warga SMABKT bersama-sama telah menjayakan aktiviti gotong-royong untuk kali ke-dua tahun ini. Guru, pelajar dan kakitangan SMABKT dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan kawasan yang berbeza.
Aktiviti seperti ini perlu dijalankan bagi memastikan persekitaran sekolah bersih dan menarik disamping mengamalkan sikap kerjasama dan bantu-membantu dikalangan warga SMABKT itu sendiri.
Aktiviti seperti ini perlu dijalankan bagi memastikan persekitaran sekolah bersih dan menarik disamping mengamalkan sikap kerjasama dan bantu-membantu dikalangan warga SMABKT itu sendiri.