Ceramah Anti Buli

30 Mei 2018 : Satu program ceramah anti buli telah diadakan di SMABKT. Pihak sekolah telah menjemput Inspektor Noriah bt Omar PPS daripada Balai Polis Daerah Jerantut bagi memberi penerangan tentang akibat gejala buli di sekolah dari sudut undang-undang.

Program ini banyak memberi manfaat kepada para pelajar agar budaya buli tidak berlaku di sekolah mahupun di asrama. 

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah kerana sudi meluangkan masa bagi memenuhi slot di SMABKT.

Semoga hubungan pihak sekolah dengan pihak berkuasa dapat diteruskan lagi pada masa-masa mendatang.

Tag: Anti Buli