FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
Majlis perasmian Pembukaan MASISUPA Kali ke-36 dan Forum Perdana Ehwal Islam sempena MASISUPA akan diadakan pada 15 Mac 2020. Muslimin dan muslimat dijemput hadir
MAHRAJAN MEMANAH MASISUPA
Mahrajan memanah MASISUPA kali ke-36 telah berlangsung di SMA Al-Basriah Kuala Tembeling Jerantut. Kejohanan berlangsung selama 2 hari pada 7 dan 8 Mac 2020. Seramai 53 orang pemanah telah menyertai kejohanan kali ini iaitu 33 lelaki dan 20 pemanah wanita. Kejohanan ini juga merupakan medan bagi memilih wakil Pahang ke mahran memanah peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kelantan Darul Naim nanti.
Al-Waiz bin Ahmad Nizar dari SMA Al-Khairiah Temerloh muncul juara...
Al-Waiz bin Ahmad Nizar dari SMA Al-Khairiah Temerloh muncul juara...
Kursus PdPC Guru Al-Quran SMAN Siri 3
Kursus PdPc Guru Al-Quran SMAN Pahang bagi siri yang ke-3 tahun 2020 telah diadakan di SMA Pulau Tawar Jerantut pada 5 Mac 2020. Seramai hampir 60 orang guru telah hadir mengikuti kursus ini. Kursus ini dikendalikan oleh Al-Fadhil Ust Abdul Karim bin Sidek dari SMA Maran. Turut hadir sama dalam kursus ini adalah Ustzh Nadiah binti Abdul Hamid, Penolong Pengarah Unit Kurikulum JAIP dan Ust Mazfadillah bin Mat Dewa, Penyelia Unit Kurikulum JAIP selaku penyelaras program.