MAHRAJAN MEMANAH MASISUPA

Mahrajan memanah  MASISUPA kali ke-36 telah berlangsung di SMA Al-Basriah Kuala Tembeling Jerantut. Kejohanan berlangsung selama 2 hari pada 7 dan 8 Mac 2020. Seramai 53 orang pemanah telah menyertai kejohanan kali ini iaitu 33 lelaki dan 20 pemanah wanita. Kejohanan ini juga merupakan medan bagi memilih wakil Pahang ke mahran memanah peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kelantan Darul Naim nanti.
    Al-Waiz bin Ahmad Nizar dari SMA Al-Khairiah Temerloh muncul juara bagi kategori recurve dengan score 499. Manakala Ahmad Khazeem Syardi bin Kamal dari SMA Al-Falah Batu Talam Raub muncul naib juara dengan score 457. Tempat ke-3 bersama disandang oleh Ahmad Naimullah bin Zairi dari SMA Al-Wosto dan Muhammad bin Nor Azizi dari SMA Al-Ihsan apabila memperolehi score yang sama iaitu 454.
     Bagi Kategori wanita, Maisarah binti Nasru Rahman dari SMA Al-Irsyad Kuantan muncul juara dengan score 443. Naib juara disandang oleh Aisyah Ilyani binti Azrin Asmawi dari SMA Al-Wosto dengan score 399. Manakala tempat ke-3 dimenangi oleh Puteri Dahlia binti Muhd Radzi dari SMA Al-Basriah Kuala Tembeling dengan score 312.
    Bagi acara Olimpik Round Individu lelaki, Ahmad Naimmullah bin Zairi dari SMA Al-Wosto muncul juara diikuti oleh Muhammad bin Nor Azizi dari SMA Al-Ihsan naib juara dan tempat ke-3 bersama disandang oleh Al-Waiz bin Ahmad Nizar dari SMA Al-Khairiah serta Ahmad Khazeem Syardi bin Kamal dari SMA Al-Falah Batu Talam. Maisarah binti Nasru Rahman dari SMA Al-Irsyad Kuantan terus mengekalkan kecemerlangan apabila turut muncul juara bagi kategori wanita Olimpik Round. Naib Johan dimenangi oleh Puteri Dahlia binti Muhd Radzi dari SMA Al-Basriah Kuala Tembeling. Manakala tempat ke-3 bersama dimenangi oleh Aisyah Ilyani binti Azrin Asmawi dari SMA Al-Wosto dan Amira Aira binti Amran dari SMA Al-Basriah Kuala Tembeling.
   Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad ,Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang . 

Tag: MAHRAJAN MEMANAH