SURAU ASRAMA
Surau Asrama Kami
Surau baru itu dapat digunakan Ramadan lalu. Kami bersolat jamaah, bertarawih, bersama-sama, berkuliah Subuh dan Maghrib. Sesekali ada penceramah jemputan diundang untuk menyemarak syiar Islam di surau baru itu.
Indahnya lokasi surau itu kerana ditegakkan bersebelahan jalan raya Raub - Cameron Highland dan bersebelahan asrama putera dan asrama puteri. Lalu surau itu senantiasa dipenuhi pelajar untuk beribadah setiap Subuh, Maghrib dan Isyak. Sementara untuk solat Zuhur pada Isnin hingga Khamis, semua pelajar bersolat di bilik solat di sekolah. Dengan jadual pulang ke asrama antara 4.30 petang hingga 5.00 petang, pelajar berjemaah Asar beruncitan di surau asrama.
Untuk tahun ini dijemput ibu bapa bersolat hajat di surau baru mohon Allah permudah urusan semua pelajar menghadapi peperiksaan. Kehadiran ibu bapa tidak mengecewakan. Kesudahannya, jemaah melimpah hingga ke beranda surau.
Pada 10 - 12 September 2017 lalu dijayakan Khemah Ibadah Siri Satu melibatkan semua pelajar Tingkatan satu dan dua. Pelajar tingkatan 3,4 dan 5 mulai fokus untuk peperiksaan awam. Khemah ibadah itu fokus kepada adab beribadah dan sembelihan halal. Untuk sekian kalinya, program itu dilanjutkan ke siri kedua bermula 6 - 8 Oktober 2017. Kali ini tetap berfokus kepada urusan menegakkan solat dan pengurusan jenazah.
Guru-guru mencadangkan amali pengurusan solat dan sembelihan halal itu dibuat dalam kumpulan lebih kecil supaya lebih ramai terlibat melaksanakan amali tersebut. Itu cadangan yang sangat baik walaupun terpaksa menanggung implikasi kos yang lebih besar dan berganda.
Bulan november nanti waktu pelajar sibuk menghadapi peperiksaan. Tentu ada sedikit ruang mungkin untuk penyerapan Srii Khemah Ibadah Tiga sebagai bekalan pelajar menghadapi percutian hujung tahun 2017.
0 komen