Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam

TEL & FAKS 09-3697677

Kata-kata Aluan Tuan Pengetua

 
                                                 Assalamu’alaikum warrahmatullahi wabarokatuh

 Bersyukur ke hadrat Allah diberi kekuatan untuk meneruskan agenda pendidikan Islam di SMAAFBT Raub.  Sebagai sekolah agama di bawah kerajaan negeri Pahang, menjadi hasrat sekolah mencapai visi pendidikannya iaitu  Melahirkan Generasi Islam  Yang Berilmu dan Berakhlak . Ilmu dan akhlak itu menjadi komponen utama dalam tujuan pendidikan.  Pelajar-pelajar didedahkan kepada bidangan ilmu pengetahuan dan melalui proses asuhan  berlaku kemenjadian pelajar yang memiliki akhlak mulia yang menjamin keselarian ilmu dan tindakan dalam kehidupan pelajar.    
 Pihak sekolah turut mencari     kaedah untuk melengkapkan misi pendidikan sekolah iaitu  “Mendidik   insan yang berilmu, berketrampilan, beramal soleh, bersyukur, menghayati dan mengamalkan tuntutan agama Islam serta menjamin kecemerlangan di dunia dan di akhirat.”  Sungguh pun beban kerja untuk melaksanakan misi pendidikan sekolah ini berat dan besar, namun keazaman semua warga sekolah untuk melaksanakannya tetap teguh dan menyerap setiap tekanan dengan penuh kebijaksanaan. 
 Dalam mencapai visi dan misi sekolah, pihak sekolah membuka ruang seluas-luasnya kepada pelajar untuk menimba ilmu dan secara optimum, pihak  SMAAFBT  menawarkan satu pakej pendidikan seperti berikut:  SMAAF Batu Talam, Raub  memberi ruang untuk semua pelajar  menimba ilmu fardu 'ain dan fardu kifayah,  menghafaz dan mendalami isi kandungan al-Quran  dan  membentuk sahsiah Islamiah bagi memenuhi modal insan yang diperlukan oleh negarabangsa 
 Melalui laman web ini, mudah-mudahan para pembaca dapat mengambil manfaat dan maklumat mengenai sekolah ini. Marilah bersama-sama membangunkan pendidikan Islam di sekolah ini dengan saling bantu membantu.Negara ini pada masa akan datang akan dicorakkan oleh generasi muda pada hari ini dan usaha mencorak negara & bangsa ini menuju kemakmuran mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh mulai sekarang. 
 
Wassalamu’alaikum warrahmatullahi wabarokatuh 

Lagu SMAN

Marilah kita sama-sama. 

Menuju mercu kejayaan. 

Bersama naungan nan satu. 

Tempuhi segala dugaan. 

Sekolah Menengah Agama tercinta.

Membimbing semua tuju cita-cita. 

Maju sekolah menengah agama. 

Hidup bersama bersatu padu

 Kecapi kejayaan syiar Islam

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Pahang Darul Makmur

SEJARAH SEKOLAH

  • Mula beroperasi pada tahun 50an di surau Sungai Batu bersebelahan sekolah sekarang. 

  • Pengasasnya Tuan Haji Jais bin Debek. 

  • 24 Okt 1966 – Pengajaran waktu petang bagi pelajar sekolah rendah mempelajari B.Arab dan Al Quran. 
 
  • 1975 – JAIP membina bangunan ditapak sekolah (kantin sekarang)  dan memulakan pengajaran dari Peralihan sebanyak 2 kelas.  Pengajaran diteruskan ke tingkatan   seterusnya pada tahun berikutnya. 

  • 3 orang guru yang  mentadbir: 
           - Tuan Syed Sagof B Tuan Syed Idrus 
           - Tuan Syed Abdul Hamid B Tuan Syed Abdul Rahman 
           - Ustaz Yasa’a B Hashim 
 
  • Tuan Syed Sagof – memberi nama sekolah dan diguna pakai hingga sekarang 
 
  • \Selepas bersara, Ustaz Yasa’a mengambil alih pentadbiran dan berusaha menaiktaraf pembangunan dan pentadbiran sekolah.\ 
 
  • 1985 – JAIP mengambil alih sepenuhnya dan membina  bangunan baru disekolah (blok C kini) dan bangunan ASPURI (tapak depan garaj) dan pengubahsuaianbalairaya menjadi ASPURA (kiniKHB) 
 
  • Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib B Tun Abdul Razak (Menteri Besar Pahang) ketika itu. 
 
  • \1990 – Kerajaan Negeri mengambil alih tanah penduduk dan membina 2 blok bangunan 3 tingkat , Bengkel KHB, bangunan asrama dan rumah guru.\ 
 
  • Digunapakai pada tahun 1994  
 
  • 1994 – Pengajaran Ting 4 bermula dan kelas Peralihan dimansuhkan. 
 
SENARAI NAMA PENGETUA
 
1.Tn Hj Abdullah Sabil (Tahun 50an) 
2.Tn Syed Sagof SyedIdrus ( 60an – 70an) 
3.En Yasa’a Hashim (sebelum diambil alih JAIP) 
4.En Abdullah Hadi Hasanudin (1985-1989) 
5.Allahyarham MohdJelani Mat Lela (1989-1998) 
6.Pn Siti Meriam Mohamed (1998-2002) 
7.Allahyarhamah Hjh Zaiti AbdJabar (2002-2007) 
8.En Razemi Kassim A.M.P (Awal 2008-2010) 
9.En Hasanuddin Md Isa P.P.C (Mac 2011 – 2020)

WAWASAN,VISI, MISI DAN MOTTO SEKOLAH

WAWASAN

Menjadikan SMAAFBT sebagai sebuah Institusi Pendidikan Agama yang terunggul dalam segala aspek Pengurusan dan Pentadbiran,Prasarana ,Kurikulum,Kokurikulum dan Modal Insan yang patuh dan taat kepada perintah Allah s.w.t.
VISI
 
MENJADI INSTITUSI PENDIDKAN AGAMA ISLAM YANG TERUNGGUL DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH 
 
MISI
 
MELAHIRKAN UMMAH YANG BERIMAN DAN BERTAQWA MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI BERPAKAIAN AL-QURAN DAN AS SUNNAH

 MOTTO

ILMU, AMAL & TAKWA

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi