Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Papar Artikel

Majlis Perpisahan Cikgu Kassim Mat Liki

06hb Ogos 2018: Satu majlis telah di adakan berikutan pertukaran Tn. Haji Kassim Bin Mat Liki ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Ittihadiyah Relai, Kerambit, Kuala Lipis.

Beliau merupakan guru Bahasa Melayu dan Geografi di SMABKT sejak tahun 2007. 

SMABKT mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa bakti di SMABKT selama bertugas di sini.

Semoga terus sukses di tempat yang baharu. 

Tag: perpisahan

Papar Artikel

Selamat Menduduki Peperiksaan

Warga SMABKT mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat semua pelajar tingkatan 3 dan 4 yang akan bermula seperti mana berikut :

  1. Peperiksaan Percubaan SMA Tingkatan 4 : 06 - 13 Ogos 2018
  2. Pentaksiran Tingkatan 3 (Percubaan) : 06 - 09 Ogos 2018

Semoga berjaya dalam peperiksaan dan beroleh keputusan cemerlang.

Siru ala barakatillah....

Tag: Peperiksaan SMAN Pahang

Papar Artikel

Ko Falak : Daurah Ilmiah Falakiah

02 Ogos 2018 : Jerantut, Jabatan Mufti Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut telah menganjurkan daurah ilmiah falakiah di Dewan Majlis Daerah Jerantut.

Daurah pada kali ini membincangkan tentang :-

  1. Kaedah Penentuan dan Pengiraan Waktu Solat Menggunakan Rubuu' Mujayyab. 
  2. Penentuan dan Pengiraan Arah Kiblat Menggunakan Rubuu' Mujayyab

Pembentangan ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak bertugas sebagai imam di Masjid Kota Iskandar,...

Tag: Ko falak SMAN Pahang

Papar Artikel

Jemputan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil Arwah

30-31 Julai 2018 : Masjid Tanjong Bungor, Kuala Lipis, pelajar tingkatan 3 dan 4 SMABKT telah dijemput menghadiri dan mengetuai majlis bacaan yaasin dan tahlil.

Jemputan ini merupakan satu aktiviti jalinan kemasyarakatan antara pelajar SMABKT dengan penduduk kampung. Aktiviti ini dapat mendedahkan dan melatih para pelajar berhadapan dengan masyarakat apabila keluar daripada sekolah.

Semoga aktiviti dan jalinan kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Tag: Tahlil kerohanian