Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Papar Artikel

SESI DIALOG PRESTASI SERTA KUNJUNG BANTU GURU DAN PELAJAR SPM 2024



KUALA TEMBELING, 28 NOVEMBER 2024/ 25 JAMADILAWWAL 1446.

Satu Sesi Dialog Prestasi dan Kunjung Bantu Guru Dan Pelajar SPM 2024 telah diadakan bagi tujuan peningkatan prestasi dan kemahiran menganalisis data peperiksaan percubaan.

Pihak sekolah telah mengundang Tuan Haji Hassan Basri Bin Shamsudin Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sains Sosial, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang bagi memberi perkongsian dan bimbingan kepada pentadbir dan guru. Kemudian disusuli sesi perkongsian teknik dan...

Tag: #wargacemerlangsekolahterbilang #bersamamemacukecemerlangan

Papar Artikel

Program Harapan Lulus (Harlus) SPM Peringkat Zon 4

Padang Tengku, 22 November 2024.

Satu Program Harapan Lulus (Harlus) SPM Peringkat Zon 4 telah dilaksanakan seperti berikut :

TARIKH: 22-24 NOVEMBER 2024 (JUMAAT hingga AHAD) 
TEMPAT: SMA AL-MAIDAH ADDINIAH PADANG TENGKU

Seramai 62 orang pelajar daripada 6 buah sekolah Zon 4 terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini dilaksanakan dalam usaha mempertingkatkan lagi prestasi pelajar potensi lulus agar memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. 

Tag: Program SPM Harus Lulus Cemerlang straight A

Papar Artikel

Kejohanan Memanah Pembangunan SMAN Bawah 15 Tahun

KUALA TEMBELING, 23 NOVEMBER 2024/ 21 JAMADILAWWAL 1446.

Kejohanan Memanah Pembangunan SMAN Bawah 15 Tahun telah berlangsung pada 23 November 2024 bertempat di SMA Al-Basriah Kuala Tembeling. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan iaitu Memanah Recurve (Lelaki/ Perempuan) dan Memanah Tradisional (Lelaki/ Perempuan). 

Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Pendidikan JAIP, Al-Fadhil Ustaz Zaidi bin Ismail. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Penolong...

Tag: Pembangunan memanah Recurve traditional

Papar Artikel

KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN (RECURVE) MSSD JERANTUT U11

Kuala Tembeling, 21 November 2024.
Satu Kejohanan Memanah Pembangunan MSSD Daerah Jerantut anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut dengan kerjasama Kelab Memanah Al-Basriah telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan ini telah disertai oleh 9 buah sekolah sekitar Daerah Jerantut. Sekolah yang terlibat adalah seperti berikut
  • SK Kota Gelanggi 3
  • SK Teh
  • SK Jerantut
  • SK Kota Gelanggi 1
  • SK Bandar Jerantut
  • SK LKTP Tekam Utara
  • SK Pulau Mansok
  • SK Jerantut Jaya
  • SK Gelanggi 2
Keputusan 5 sekolah terbaik adalah...

Tag: Pembangunan memanah Recurve ppdjerantut