Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Papar Artikel

Bekas Pelajar SMABKT : Berkat Berniaga Sambil Bersedekah

10 Oktober 2018 : Tular di media sosial bekas seorang pelajar SMABKT Nur Izzah Izzati Bt Norazlan membantu bapanya berniaga makanan dengan harga yang sangat murah.

Pihak sekolah amat berbangga dengan nilai murni yang ditunjukkan ini. Semoga rezeki bagi keluarganya akan bertambah dengan penuh keberkatan.

Berita Lanjut :  http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/10/10/nasi-kukus-murah/

Tag: Nasi Kerabu Murah SMAN Pahang

Papar Artikel

Kem Rehat Minda SPM

29-30 September 2018 : Pulau Santap, Janda Baik. Bagi mengubah suasana pembelajaran dan pengajaran pelajar, satu program rehat minda telah diadakan bagi semua calon SPM tahun ini.

Program seperti ini dijalankan bagi menyuntik motivasi pelajar sebelum melangkah ke dewan peperiksaan yang akan diduduki tidak lama lagi.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya, seminar mata pelajaran, ceramah motivasi, sukan air, memasak dan lain-lain.

Semoga program seperti ini dapat memberi inspirasi kepada...

Tag: spm Rehat Minda SMAN Pahang

Papar Artikel

Solat Hajat dan Restu Ilmu

28 September 2018 : SMABKT, satu majlis solat hajat dan Restu Ilmu bagi calon-calon PT 3, SMA dan SPM telah diadakan. 

Majlis ini diadakan bagi memberi dorongan dan motivasi kepada semua calon-calon PT3, SMA dan SPM sebelum menduduki peperiksaan yang bakal tiba. 

Ibu bapa yang hadir dalam majlis ini diberi penerangan oleh Guru Penolong Kanan 1, Ustaz Shamsul Bin Shafie berkenaan program-program peningkatan yang telah dan sedang diadakan sepanjang sesi pembelajaran tahun ini. 

...

Tag: restu ilmu SMAN Pahang