Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Papar Artikel

Pemberian Duit Raya

08 Jun 2018 : 23 Ramadhan 1439H

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pun sudah
Duit raya jangan dilupa

Dalam manis ada hempedu,
Dalam kata-kata banyak maknanya,
Sayunya hati ramadhan yang kian berlalu,
Untuk menyambut bulan syawal yang bakal menjelma

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Warga SMABKT mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua muslimin dan muslimat.

...

Tag: raya Duit Raya

Papar Artikel

Iftar Jamaie Meriah

06 Jun 2018 : 21 Ramadhan 1439H, Pihak sekolah telah mengadakan jamuan iftar jamaie buat warga SMABKT. Majlis iftar ini dimulai dengan majlis khatam Al-Quran bagi para pelajar yang dapat menghabiskan 30 juzuk al-quran sepanjang ramadhan tahun ini. 

Seramai 60 orang Guru dan Kakitangan sekolah telah hadir bagi berbuka puasa di sekolah bersama para pelajar dan tetamu jemputan daripada ahli jawatankuasa PIBG. 

Para tetamu dan pelajar sangat berpuas hati dengan juadah dan jamuan yang...

Tag: Iftar

Papar Artikel

Ceramah Anti Dadah

30 Mei 2018 : Satu program ceramah anti dadah telah diadakan di SMABKT. Pihak sekolah telah menjemput En. Khairul Amri Bin Ibrahim daripada Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Jerantut bagi memberi penerangan tentang akibat penyalahgunaan dadah dan kesannya kepada pelajar serta akibat penyalahgunaan dari sudut undang-undang.

Program ini banyak memberi manfaat kepada para pelajar agar gejala dadah ini tidak berlaku dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan...

Tag: AADK

Papar Artikel

Ceramah Anti Buli

30 Mei 2018 : Satu program ceramah anti buli telah diadakan di SMABKT. Pihak sekolah telah menjemput Inspektor Noriah bt Omar PPS daripada Balai Polis Daerah Jerantut bagi memberi penerangan tentang akibat gejala buli di sekolah dari sudut undang-undang.

Program ini banyak memberi manfaat kepada para pelajar agar budaya buli tidak berlaku di sekolah mahupun di asrama. 

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah kerana sudi meluangkan masa bagi memenuhi slot di SMABKT.

...

Tag: Anti Buli