Semak Arah Kiblat
16hb Julai 2018 | 05.28 pm : Sekali lagi pada tahun ini kita berpeluang untuk menyaksikan arah kiblat melalui kaedah istiwa adzam.
Marilah kita sama-sama mengambil peluang ini.
Anda boleh melakukannya dengan kaedah yang ditunjukkan pada gambar di atas.

Doakan Kejayaan Mereka
15-19hb Julai 2018 : Satu Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) peringkat kebangsaan 2018 akan disertai semua negeri dan diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Tanjong Malim dari 15 hingga 19 Julai ini.
Seramai 12 peserta dari SMABKT juga telah terpilih bagi beberapa acara yang akan dipertandingkan di sana. Warga SMABKT mendoakan agar peserta dari negeri Pahang dapat menunjukkan prestasi yang membanggakan seterusnya pulang dengan kejayaan.
Siru ala...

Pengurusan Jenazah
11 Julai 2018 : Pelajar tingkatan 5 SMA Al Basriah turut sama membantu menguruskan jenazah penduduk kampung Tg. Bungor, Kuala Lipis dengan bacaan yasin dan tahlil, solat jenazah dan kebumikan jenazah.
Semoga ia menjadi suatu pengalaman buat mereka sebelum terjun dalam masyarakat kelak.
Sama2 kita sedekahkan Al Fatihah Buat Almarhumah Saudari Nurul Nasihah binti Salleh, dan semoga rohnya diampuni dan di tempatkan dikalangan orang beriman.

Jalinan Mahabbah SMABKT - Masjid Tg. Bungor
Satu program gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran Masjid Tanjong Bungor, Kuala Lipis, Pahang telah berjaya diadakan. Program ini diadakan pada 01 Julai 2018 yang lalu.
Seramai 40 orang pelajar SMABKT bersama-sama penduduk kampung sekitar tanjong bungor telah membersihkan kawasan sekitar dan dalam masjid. Program ini adalah bagi merapatkan hubungan silaturahim diantara warga SMABKT dengan penduduk kampung disamping dapat memastikan kebersihan dan kecerian masjid dijaga dengan baik.
...