Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Papar Artikel

Jemputan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil Arwah

30-31 Julai 2018 : Masjid Tanjong Bungor, Kuala Lipis, pelajar tingkatan 3 dan 4 SMABKT telah dijemput menghadiri dan mengetuai majlis bacaan yaasin dan tahlil.

Jemputan ini merupakan satu aktiviti jalinan kemasyarakatan antara pelajar SMABKT dengan penduduk kampung. Aktiviti ini dapat mendedahkan dan melatih para pelajar berhadapan dengan masyarakat apabila keluar daripada sekolah.

Semoga aktiviti dan jalinan kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Tag: Tahlil kerohanian

Papar Artikel

Penghargaan Buat Atlet Kessuma SMABKT

31 Julai 2018 : Satu penghargaan telah diberikan buat atlet Kessuma dari SMABKT yang telah mewakili Negeri Pahang bagi Kejohanan Sukan-sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) yang telah berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih atas sumbangan mereka dalam menjayakan kejohanan diperingkat kebangsaan ini.

Segala usaha dan tenaga mereka telah mengharumkan nama baik negeri Pahang dan SMABKT.

Tag: Kessuma SMAN Pahang

Papar Artikel

Liga Bola Sepak Asrama

17-30 Julai 2018 : SMABKT, Satu pertandingan bola sepak asrama  telah diadakan. 

Pertandingan ini telah  disertai  oleh semua  pelajar aspura dari tingkatan 1 - 5. Pertandingan ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim diantara pelajar  aspura disamping  mencungkil bakat-bakat baru.

Pihak sekolah  berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 

Tahniah  kepada pasukan Croatia kerana mendapat johan dalam pertandingan ini.

Tag: bola sepak SMAN Pahang

Papar Artikel

KARNIVAL PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t 
 
Laporan karnival Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) peringkat sekolah yang berlangsung pada hari sabtu 28/7/2018. Karnival bermula pada jam 7:45 pagi dengan bacaan asma –ulhusna dan lagu puteri islam. Antara acara yang dipertandingkan adalah memasak, gubahan kain, gubahan buah, jahitan, memasang khemah dan kawad kaki. 

Seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada 5 kumpulan telah menyertai karnival pada kali ini. Kesemua peserta telah memberi...

Tag: PPIM SMAN Pahang