Majlis Silaturahim Aidilfitri dan Ramah Mesra
03 Julai 2018 : Dewan Terbuka Rumpun Makmur, Majlis Silaturahim Aidilfitri dan Ramah Mesra bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang bersama Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) telah diadakan dengan jayanya.
Majlis ini dirasmikan oleh YAB Dato Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi itu disambut dengan meriah oleh warga JAIP dan masyarakat sekitar rumpun makmur. Majlis seperti ini dapat mengerat hubungan masyarakat dan kakitangan awam serta para pemimpin yang bersama-sama meraikannya.
Pihak sekolah menyediakan juadah nasi arab pada sambutan aidilfitri kali ini. Beberapa orang guru dan kakitangan bersama-sama menyediakan dan menyajikan kepada tetamu yang hadir.
Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

0 komen