Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Tag: "kerohanian"

Papar Artikel

Tunjuk Cara Ibadah Haji

17 Ogos 2018  – SMABKT, Bersempena dengan bulan Zulhijjah atau dikenali dengan bulan haji, satu tunjuk cara menunaikan ibadah haji telah diadakan. Tunjuk cara ini diadakan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga SMABKT tentang bagaimana menunaikan ibadah haji yang selari dengan syariat Islam. Selain daripada itu ia juga boleh mempertingkatkan kefahaman kepada para pelajar, khususnya dalam praktikal sebenar ibadah haji. 
 
Tunjuk cara ibadah haji ini telah dibawakan...

Tag: kerohanian Haji SMAN Pahang

Papar Artikel

Jemputan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil Arwah

30-31 Julai 2018 : Masjid Tanjong Bungor, Kuala Lipis, pelajar tingkatan 3 dan 4 SMABKT telah dijemput menghadiri dan mengetuai majlis bacaan yaasin dan tahlil.

Jemputan ini merupakan satu aktiviti jalinan kemasyarakatan antara pelajar SMABKT dengan penduduk kampung. Aktiviti ini dapat mendedahkan dan melatih para pelajar berhadapan dengan masyarakat apabila keluar daripada sekolah.

Semoga aktiviti dan jalinan kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Tag: Tahlil kerohanian

Papar Artikel

Pemantauan 4k - Kerohanian Kali Ke-Dua 2018

19 Julai 2018 : SMABKT, Pemantauan 4k bagi kategori kerohanian buat kali ke-dua telah diadakan di SMABKT. Pemantauan ini jalankan oleh :

1- En. Zaidi Bin Ismail  (Pengetua SMA Al-Khairiah) 
2- En. Ibrahim Bin Ahiatuddin (GPK HEM SMA Pulau Tawar) 
3- EN. HAFIZ BIN MAHUSAIN (GPK HEM SMA Itifaqiah Guai)

SMABKT merupakan salah sebuah sekolah yang layak ke peringkat seterusnya bagi kategori kerohanian yang dipertandingkan. 

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas...

Tag: kerohanian SMAN Pahang