Tunjuk Cara Ibadah Haji

17 Ogos 2018  – SMABKT, Bersempena dengan bulan Zulhijjah atau dikenali dengan bulan haji, satu tunjuk cara menunaikan ibadah haji telah diadakan. Tunjuk cara ini diadakan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga SMABKT tentang bagaimana menunaikan ibadah haji yang selari dengan syariat Islam. Selain daripada itu ia juga boleh mempertingkatkan kefahaman kepada para pelajar, khususnya dalam praktikal sebenar ibadah haji. 
 
Tunjuk cara ibadah haji ini telah dibawakan oleh Al-Fadhil Ustaz El-Sheshtawy Elsheshtawy Abdul Lateef Dabour yang juga merupakan warga pendidik SMABKT dari Negara Mesir. 
 
Semoga dengan program seperti ini dapat memberi manfaat berguna buat warga SMABKT khususnya kepada para pelajar. 

Tag: kerohanian Haji SMAN Pahang