Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Sambutan Hari Malaysia dan Ribat Mukhayyam 2018 Meriah!

14-16 September 2018 : SMABKT - Program Sambutan Hari Malaysia  dan Ribat Mukhayyamtelah berlangsung di sekitar sekolah, perkampungan kuala tembeling dan kampung sepial. Program ini di bawah Unit Kokurikulum SMABKT.
 
Seramai 201 pelajar dan 30 orang guru dan kakitangan smabkt turut terlibat dalam program tiga hari dua malam itu bermula dari 14 September 2018 hingga 16 September 2018. 

Program ini diadakan bagi memupuk rasa cinta kepada Negara Malaysia, mewujudkan sikap bekerjasama di dalam kumpulan, merapatkan ukhuwah dikalangan warga smabkt, dan membina jati diri islam di kalangan peserta.
 
Di antara aktiviti telah dijalankan mengikut kumpulan ialah; 
 
1. Memasang Khemah 
2. Team Building 
3. Sukan Olahraga 
4. Membuat Roket Air 
5. Kawad Kaki 
6. Memasak 
7. Malam kebudayaan 
8. Jalan Lasak 
 
 
SMABKT juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar tingkatan lima kerana telah membantu melancarkan program ini. 
 
Tahniah juga kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana, guru-guru pengiring serta para peserta yang berjaya melalui program ini hingga akhir. 

Tag: MUKHAYYAM SMAN Pahang

0 komen

Sila berikan komen anda di sini