SESI DIALOG PRESTASI SERTA KUNJUNG BANTU GURU DAN PELAJAR SPM 2024
KUALA TEMBELING, 28 NOVEMBER 2024/ 25 JAMADILAWWAL 1446.
Satu Sesi Dialog Prestasi dan Kunjung Bantu Guru Dan Pelajar SPM 2024 telah diadakan bagi tujuan peningkatan prestasi dan kemahiran menganalisis data peperiksaan percubaan.
Pihak sekolah telah mengundang Tuan Haji Hassan Basri Bin Shamsudin Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sains Sosial, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang bagi memberi perkongsian dan bimbingan kepada pentadbir dan guru. Kemudian disusuli sesi perkongsian teknik dan pengalaman bersama pelajar calon SPM 2024.
Semoga program ini menjadi nilai tambah kepada guru dan pelajar dan memberi impak positif yang besar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi dan menjadi pemangkin kecemerlangan anak-anak di SMA Al-Basriah Kuala Tembeling, In shaa Allah.
0 komen