Sekolah Menengah Agama Rompin

WELCOME TO HIGHSCHOOL LIFE

Program motivasi yang bertajuk "Welcome to Highschool Life" telah diadakan pada hari Sabtu bertarikh 16 Februari 2019 yang lalu. Program yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 1 ini berlangsung sepanjang hari bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.        Program anjuran Unit Disiplin Sma Rompin ini mendapat kerjasama daripada Alumni Smar sesi 2016. 
     Di antara objektif program ini diadakan adalah sebagai medium pengenalan kepada kehidupan pelajar sekolah menengah kepada pelajar tingkatan 1. Turut diselitkan aktiviti yang memberi informasi kepada pelajar bagaimana ingin mengadaptasi kehidupan di asrama dan bagaimana ingin menyukai Bahasa Arab.

Tag: #smarompin #programmotivasi #tingkatan1

0 komen

Sila berikan komen anda di sini