Sekolah Menengah Agama Rompin

Tag: "#smarompin"

Papar Artikel

MAJLIS RESTU PT3

Isnin ini 30 September 2019, maka bermulalah Pentaksiran Tingkatan 3 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 seluruh negara. Majlis restu ilmu bagi pelajar tersebut telah diadakan di Dewan Mahkota jam 9.00 pagi.
  Majlis diserikan dengan amanat terakhir guru-guru matapelajaran, ikrar pelajar dan doa keberkatan dalam menduduki peperiksaan.
  Semoga pelajar tingkatan 3 2019 diberi kemudahan dalam menghadapi peperiksaan dan semoga mereka peroleh kejayaan.

Tag: #smarompin #pt3smarompin

Papar Artikel

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ HABIB

Tahniah dan selamat maju jaya kami ucapkan kepada Ustaz Habib Mustakim b Ibrahim kerana telah dilantik ke perjawatan tetap DG41. Beliau bakal bertukar ke SMA Bukit Ibam bermula Isnin ini 30 September 2019.
    Warga Sma Rompin mengharapkan Ustaz diberi kemudahan dan kesenangan berada di tempat baru. Jangan lupakan kami.

Tag: #smarompin #perpisahanustazhabib

Papar Artikel

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

Sma Rompin telah mengadakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform peringkat sekolah bertempat di Kompleks Sukan Air Rakan Muda, Pantai Bernas Rompin.
   Program ini telah diadakan selama 3hari 2malam bermula hari Jumaat (30 Ogos) sehingga Ahad (1 September). Seramai 25 orang setiap unit beruniform diwajibkan menghantar wakil untuk menyertai Program ini.
  Program ini melibatkan penyertaan seramai 100 orang peserta keseluruhannya daripada Kadet Bomba, Puteri Islam, Bulan Sabit...

Tag: #smarompin #perkhemahanunituniform

Papar Artikel

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis perasmian bulan merdeka telah berlangsung pagi tadi Isnin, 26 Ogos 2019 di Dewan Mahkota. Majlis ringkas yang berlangsung sewaktu perhimpunan pagi itu dijayakan oleh pelajar Tingkatan 3 dan 1.
   Persembahan dimulakan dengan dialog merdeka oleh dua orang pelajar kemudian diselangi dengan nyanyian lagu Warisan oleh pelajar tingkatan 1.
   Persembahan lagu Negaraku pula disampaikan oleh barisan pelajar lelaki Tingkatan 3 dan majlis diakhiri dengan persembahan koir lagu...

Tag: #smarompin #bulanmerdeka #harimerdeka