Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SELEPAS PKP

SMA BUKIT IBAM - Selepas hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan wabak COVID-19, sesi persekolahan membabitkan pelajar mengambil peperiksaan awam dimulakan.

Perasaan gembira berbaur khuatir pasti dirasai pelajar, guru dan ibu bapa tetapi dengan kes COVID-19 yang semakin terkawal, pembukaan semula sekolah diyakini berjalan lancar berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Bersama persiapan rapi dilakukan pihak sekolah dan pematuhan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah diharapkan kita dapat jaga kita dan berdisiplin mematuhi SOP yang telah ditetapkan. 

#kitajagakita#

Tag: covid

0 komen

Sila berikan komen anda di sini