Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

KURSUS KEPIMPINAN SIRI 1

SMA BUKIT IBAM – Pada 9 April 2019, Badan Disipiln sekolah di bawah Unit Hal Ehwal Murid SMA Bukit Ibam  telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah & Exco Asrama 2019 yang bertempat di SMA Bukit Ibam. Kursus tersebut berlangsung selama 1 hari disertai oleh semua pengawas sekolah serta Exco Asrama  telah dilaksanakan oleh pihak Triple X Consultant. Sepanjang kursus ini, para Pengawas dan Exco Asrama didedahkan dengan ilmu kepimpinan dari slot ceramah yang diadakan. Peserta juga didedahkan dengan aspek pengurusan diri, pengurusan masa, ketrampilan dan pengucapan awam serta aktiviti luar. Unit Hal Ehwal Murid SMA Bukit Ibam merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan sekolah, semua guru yang terlibat, pihak pengurusan Triple X Consultant dan jurulatih-jurulatih dalam menjayakan kursus ini.  

Tag: kepimpinan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini