Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMA BUKIT IBAM 2018

13 Februari 2018, SMA Bukit Ibam - Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah berlangsung meriah dengan beberapa acara yang dipertandingkan. Kejohanan bermula dengan acara pertandingan Larian SMABI bermula jam 9.15 pagi. Kemudian acara diteruskan dengan pertandingan Perbarisan yang penuh warna warni dengan menzahirkan kreativiti rumah sukan masing-masing. Ditambah pula dengan iringan muzik perbarisan menceriakan suasana kejohanan. Acara gilang-gemilang penuh semangat kesukanan mengingatkan kita hubungan silaturahim yang perlu dikekalkan.

Kejohanan Sukan Tahunan ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua iaitu Encik Nasiruddin bin K.P Mohamed Yusof, A.M.P, A.A.P . Dalam kejohanan itu, rumah Biru menjuarai acara sukan, Rumah Kuning menjuarai acara Ilmiah, Rumah Hijau menjuarai acara Larian SMABI dan Rumah Merah menjuarai acara Perbarisan. Juara keseluruhan ialah Rumah Hijau dan Naib Juara ialah Rumah biru dan diikuti oleh Rumah Kuning dan Rumah Merah., Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan pada 20 Februari 2018 di Dataran Siti Khadijah pada jam 8.30 pagi. Semoga kejohanan sukan ini merapatkan lagi ukhuwah diantara semua warga SMA Bukit Ibam.

Tag: sukan kejohanan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini