Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Papar Artikel

Solat Hajat dan Restu Ilmu

28 September 2018 : SMABKT, satu majlis solat hajat dan Restu Ilmu bagi calon-calon PT 3, SMA dan SPM telah diadakan. 

Majlis ini diadakan bagi memberi dorongan dan motivasi kepada semua calon-calon PT3, SMA dan SPM sebelum menduduki peperiksaan yang bakal tiba. 

Ibu bapa yang hadir dalam majlis ini diberi penerangan oleh Guru Penolong Kanan 1, Ustaz Shamsul Bin Shafie berkenaan program-program peningkatan yang telah dan sedang diadakan sepanjang sesi pembelajaran tahun ini. 

...

Tag: restu ilmu SMAN Pahang

Papar Artikel

Gotong Royong Membuat Bubur Asyura

23 September 2018 : Masjid Tanjung Bungor, Beberapa orang pelajar dan guru dari SMABKT bersama-sama penduduk kampung Tanjung Bungor bergotong-royong bagi membuat bubur asyura sempena bulan muharram 1440 Hijriah.

Program ini bermula sekitar jam 09.00 pagi. Sebanyak 2 kawah bubur asyura telah disediakan untuk diagihkan kepada penduduk kampung di sini. 

Para pelajar yang menyertai aktiviti ini juga dapat menimba pengalaman dan mempelajari cara memasak bubur asyura disamping dapat membantu...

Tag: Asyura SMAN Pahang

Papar Artikel

Sambutan Hari Malaysia dan Ribat Mukhayyam 2018 Meriah!

14-16 September 2018 : SMABKT - Program Sambutan Hari Malaysia  dan Ribat Mukhayyamtelah berlangsung di sekitar sekolah, perkampungan kuala tembeling dan kampung sepial. Program ini di bawah Unit Kokurikulum SMABKT.
 
Seramai 201 pelajar dan 30 orang guru dan kakitangan smabkt turut terlibat dalam program tiga hari dua malam itu bermula dari 14 September 2018 hingga 16 September 2018. 

Program ini diadakan bagi memupuk rasa cinta kepada Negara Malaysia, mewujudkan sikap...

Tag: MUKHAYYAM SMAN Pahang

Papar Artikel

Selamat Menduduki Peperiksaan

Warga SMABKT mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat semua pelajar tingkatan  4 yang akan bermula seperti mana berikut :

  • Peperiksaan SMA Tingkatan 4 : bermula 04 - 07 September 2018

Semoga berjaya dalam peperiksaan dan beroleh keputusan cemerlang.

Siru ala barakatillah....

Tag: Peperiksaan SMAN Pahang