Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Papar Artikel

PRogram Mesra Masjid Peringkat Negeri

28-29 November 2018 : Dewan Auditorium Pejabat Agama Islam Daerah Maran, Satu Program Mesra Masjid peringkat Negeri Pahang di bawah Jabatan Agama Islam Pahang telah di adakan.

Pelajar dari SMABKT telah menjadi wakil dari daerah Jerantut dalam beberapa acara yang dipertandingkan.

Keputusan bagi setiap acara dari SMABKT :- 1. Acara Bacaan Talkin - Aizuddin Daniel, tempat ke 3.

2. Acara Khutbah - Aiman Hakam , saguhati

3. Acara Azan - Shahrul Anuar, Saguhati

Tahniah diucapkan.

Tag: Program Mesra Masjid SMAN Pahang

Papar Artikel

Program Mudahnya Menghfal Al-Quran

19 November 2018 : SMABKT, Satu program mudahnya menghafal Al-Quran telah diadakan di SMABKT. Ustaz Ahmad Arif Nasation telah memberi teknik dan tunjuk cara kepada para pelajar tentang bagaimana cara mudah untuk menghafal al-quran.

Program ini sangat memberi manfaat kepada para pelajar bagi memantapkan bacaan dan hafalan mereka dalam Al-Quran. 

Semoga program seperti ini terus subur dan berkembang di SMABKT.

Tag: Hafal Quran SMAN Pahang

Papar Artikel

Program Mesra Masjid

13 November 2018 : Masjid Kuala Tembeling, Di bawah Jawatankuasa Pengurusan Masjid Daerah Jerantut telah berjaya menganjurkan satu aktiviti peringkat daerah Jerantut yang dinamakan dengan Program Mesra Masjid. 

Dalam program ini, pihak SMABKT telah menghantar beberapa penyertaan bagi pertandingan yang diadakan dan hampir 90 % daripada semua pertandingan dimenangi daripada peserta SMABKT.

Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah Membaca Khutbah, Talkin, Hafazan Al-Quran, Azan dan...

Tag: Mesra Masjid SMAN Pahang

Papar Artikel

Kehadiran Guru Baharu

25 Oktober 2018 : Sekolah Menengah Agama Al-Basriah telah menerima seorang guru yang baharu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau adalah Puan Zalina Bt Muhammad yang merupakan lepasan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. 

Warga SMABKT berbesar hati menerima kehadiran beliau sebagai salah seorang tenaga pengajar di sini. Semoga kehadiran beliau di sini dapat memberi manfaat dan memajukan lagi SMABKT pada masa akan datang.


Tag: Guru Baharu SMAN Pahang