Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Papar Artikel

Lawatan Dari Pegawai Perhubungan Sekolah

03 Januari 2019 : Dewan SMABKT, Inspektor Puan Noriah Binti Omar Pegawai Penyiasat (T) Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut telah hadir membuat lawatan pertama ke SMABKT. Kedatangan beliau beserta rombongan adalah bagi memberi taklimat dan makluman berkenaan dengan salah laku jenayah serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa kepada pelajar.

Lawatan ini juga adalah bagi mengeratkan hubungan pihak sekolah dan pihak polis dalam mempastikan amalan jenayah dan salah laku tidak menular di...

Tag: Polis SMAN Pahang

Papar Artikel

Hari pertama persekolahan sesi 2019

02 Januari 2019 : Tapak perhimpunan SMABKT, Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi sesi 2019. Puan pengetua dan para guru telah menyampaikan amanat kepada semua pelajar agar sesi persekolahan tahun ini berjalan dengan baik dan teratur.

Pihak sekolah juga mendoakan agar kejayaan dapat dicapai dengan lebih baik pada tahun ini dari sudut kurikulum mahupun ko-kurikulum.

Siru a'la barakatillah....

Tag: perhimpunan SMAN Pahang

Papar Artikel

Keputusan PT3 sudah boleh diambil

13 Disember 2018 : SMABKT - Keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diumumkan di seluruh negara hari ini. 
 
Terdapat 31 orang calon telah menduduki peperiksaan itu tahun ini. Seawal jam 10 pagi para pelajar bersama ibu bapa dan penjaga mereka telah hadir bagi mengambil keputusan di Pejabat sekolah. 
 
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar atas usaha gigih mereka selama ini. Semoga terus sukses bagi tahun mendatang. 
 

Tag: pt3 SMAN Pahang

Papar Artikel

pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2019 berjalan lancar

13 Disember 2018 : Dewan SMABKT, Pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2019 telah diadakan dengan lancar. Ibu bapa dan penjaga telah hadir seawal jam 08:00 pagi bagi membuat pendafataran sebelum memasuki sesi persekolahan tahun hadapan.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa dan penjaga yang telah mendaftarkan anak mereka di SMABKT ini.

Tag: Pendaftaran SMAN Pahang