Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Papar Artikel

Majlis Aprisiasi Dakwah Media Baharu

25 Oktober 2018 : Majlis Aprisiasi Dakwah Media Baharu Jaip di Kompleks Dagangan Mahkota Kuantan.

Bersempena pertandingan video pendek Maal Hijrah 1440h, Sekolah Menengah Al-Basariah Tembeling telah membawa pulang hadiah :-

1-Hadiah anugerah pilihan juri bagi video sekolah menengah negeri Pahang. 
2- Hadiah saguhati bagi view terbanyak dan 

Turut menyertai pertandingan ini dari SMAN Pahang, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan.

Majlis penyampaian sijil dan hadiah...

Tag: Video Pendek SMAN Pahang

Papar Artikel

Bekas Pelajar SMABKT : Berkat Berniaga Sambil Bersedekah

10 Oktober 2018 : Tular di media sosial bekas seorang pelajar SMABKT Nur Izzah Izzati Bt Norazlan membantu bapanya berniaga makanan dengan harga yang sangat murah.

Pihak sekolah amat berbangga dengan nilai murni yang ditunjukkan ini. Semoga rezeki bagi keluarganya akan bertambah dengan penuh keberkatan.

Berita Lanjut :  http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/10/10/nasi-kukus-murah/

Tag: Nasi Kerabu Murah SMAN Pahang

Papar Artikel

Temu uji Pelajar Tingkatan 1 bagi Tahun 2019

06 Oktober 2018 : Temu Uji pelajar baru tingkatan satu bagi tahun 2019 telah diadakan. Majlis bermula sekitar jam 07.30 pagi. Setiap calon yang hadir diberi taklimat sebelum sesi temu uji bertulis dan lisan bermula.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga dan pelajar yang hadir. 

Tag: TEMU UJI SMAN Pahang

Papar Artikel

Kem Rehat Minda SPM

29-30 September 2018 : Pulau Santap, Janda Baik. Bagi mengubah suasana pembelajaran dan pengajaran pelajar, satu program rehat minda telah diadakan bagi semua calon SPM tahun ini.

Program seperti ini dijalankan bagi menyuntik motivasi pelajar sebelum melangkah ke dewan peperiksaan yang akan diduduki tidak lama lagi.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya, seminar mata pelajaran, ceramah motivasi, sukan air, memasak dan lain-lain.

Semoga program seperti ini dapat memberi inspirasi kepada...

Tag: spm Rehat Minda SMAN Pahang