Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

Persiapan Akhir Sejarah SPM

Persiapan akhir para pelajar sebelum menghadapi SPM kertas Sejarah pada hari Khamis, 23 Februari 2023. Guru-guru Sejarah yang komited, Cikgu Zulhakim dan Cikgu Azim hadir bersama untuk memperkasa calon-calon ke arah kecemerlangan dalam SPM khususnya subjek Sejarah. Terima kasih cikgu.

Tag: jidan

Papar Artikel

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2022

Suasana hari pertama peperiksaan bertulis SPM untuk subjek Bahasa Melayu pada hari ini, 20 Februari 2023. Semoga kejayaan cemerlang mengiringi calon-calon SPM SMABI seramai 62 orang pada tahun ini atas usaha dan doa para pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Aamiin.

Tag: spm

Papar Artikel

Hari Pelaporan Akhir Tahun 2022/2023

Hari pelaporan dilaksanakan pada hari Jumaat, 17 Februari 2023 di Dewan An-Najah SMABI iaitu pada hari terakhir persekolahan bagi sesi 2022/2023. Hari pelaporan ini membolehkan ibu bapa dan penjaga mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran anak-anak pelajar disamping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.

Tag: pelaporan