Sekolah Menengah Agama Rompin

Papar Artikel

PEMBUKAAN SEKOLAH BAGI SESI BERSEMUKA 2021

Tarikh : 11 Oktober 2021
Hari : Isnin

Sesi persekolahan bersemuka bemula pada hari ini melibatkan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Pelbagai persediaan telah dilakukan sebagai persediaan menyambut kehadiran pelajar ke sekolah agar wabak COVID-19 tidak tersebar. Semua pelajar telah diberikan taklimat berkaitan dengan pematuhan SOP sepanjang berada di sekolah.

Tag: persekolahan bersemuka

Papar Artikel

Pembersihan pokok tumbang

Pada tarikh 21 September sebatang pokok di kawasan dewan makan telah tumbang dipercayai akibat disambar kilat. Tiada kerosakan besar dilaporkan. Aktiviti pembersihan dilakukan pada 22 September dengan bantuan kakitangan sekolah, pekerja pembersihan, alam flora dan SWCorp kerja-kerja pembersihan berjaya dilaksanakan. Terima kasih diucapkan kepada semua. 

Tag: Pokok tumbang

Papar Artikel

KEPUTUSAN SPM 2020

KEPUTUSAN SPM 2020
TARIKH : 10 JUN 2021

Disebabkan masih dalam PKP, keputusan SPM boleh diakses melalui atas talian atau secara SMS. Tiada pemberian keputusan secara bersemuka dilakukan di sekolah.

Jumlah calon SPM 2020 ialah seramai 87 orang

GPS SMA Rompin mengikut tahun

2019 - 4.07
2020 - 3.87 

100% calon SPM lulus dan layak mendapat sijil

Pelajar yang mendapat keputusan tertinggi (9A) ialah

1. Hanie Nisriena binti Zahari - 3A+, 6A, 1C
2. Iman Nadia Fatanah binti Noor Azam - 1A+, 7A, 1A-, 1C+

...

Tag: KEPUTUSAN SPM 2020