Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

BENGKEL PENATARAN SMA 2020

Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan Bengkel Penataran SMA 2020 bagi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang pada 01 Februari 2020. Bengkel ini telah diadakan di Ma'ahad As-Sultan Haji Ahmad SHAH Ad-Dini Bandar Tun Razak Jengka. Hampir 250 orang guru telah menghadiri bengkel ini.
   Bengkel ini dikendalikan oleh 10 orang ketua fasilitator bagi 10 mata pelajaran Sijil Menengah Agama (SMA). Satu slot ceramah motivasi juga turut diadakan bagi menyuntik semangat para peserta. Slot Motivasi ini telah dikendalikan oleh Dr.Muhammad Mokhtar bin Samat, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM  Jengka yang menyentuh tentang peranan guru dalam memperkasakan pengajaran dan pembelajaran.
    Turut hadir sepanjang bengkel ini adalah Pn. Apidah binti Zakaria@Daud, Penolong Pengarah Kanan unit Naziran dan Latihan Bahagian Pendidikan JAIP serta Penolong Pengarah Unit Kurikulum dan Unit Peperiksaan Bahagian Pendidikan JAIP.

Tag: PENATARAN SMA 2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini