Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

Papar Artikel

TAKLIMAT YURAN SEKOLAH

    Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan taklimat yuran persekolahan di SMA Pahang yang akan digunapakai mulai sesi persekolahan 2021 kepada semua pengerusi PIBG SMAN Pahang dan pengetua-pengetua SMAN. Taklimat ini telah disampaikan oleh KPP Bahagian Pendidikan iaitu Ust Mohamad bin Abdul rahman. 

Tag: YURAN SEKOLAH

Papar Artikel

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

    Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SMAN Pahang telah diadakan di SMA Al-Wosto Temerloh pada 17 Ogos 2020. Semua sekolah menerima sumbangan bendera negeri Pahang dan bendera Malaysia. Sumbangan ni telah disampaikan oleh YB. Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah YH Dato Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, Pengarah JAIP dan Ust Mohamad bin Abdul Rahman, KPP Bahagian...

Tag: Bulan Kemerdekaan

Papar Artikel

TAKLIMAT DPLI

Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan taklimat DPLI bagi guru-guru SMAN dan KAFA Pahang. Taklimat ini telah diadakan di Dewan SMA Al- Ihsan Kuantan dengan kerjasama pihak Kolej Yayasan Pahang (KYP).
   Hampir 400 orang guru telah hadir mendengar taklimat tersebut yang telah disampaikan oleh Ybhg Profesor Madya Dr. Abdul Ghani bin Awang, Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Pahang.

Tag: Taklimat

Papar Artikel

SALAM AIDILADHA

Bahagian Pendidikan JAIP ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menjalani Ibadah Korban buat seluruh warga SMAN dan SMAR Pahang dan seluruh umat Islam khususnya.
    Sama-samalah kita meraikan perayaan ini dalam norma baharu dengan mematui SOP yang telah ditetapkan. Semoga kita semua terhindar dari segala wabak yang sedang melanda.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
 
Maksud: “Ya Allah,...

Tag: aidiladha