Ceramah Pembentukan Sahsiah Pelajar Tingkatan 2
Nama Program: Ceramah Pembentukan Sahsiah Pelajar Tingkatan 2
Penceramah: Imam 1 Masjid an-Nahdah, Bukit Ibam ( Pok Man )
Tarikh: 29 September 2017
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Dewan An-Najjah,SMA Bukit Ibam
Bil Pelajar : 109
Rasional:
Motivasi merupakan salah satu faktor yang dikenalpasti mampu mendorong ke arah peningkatan prestasi dan kecemerlangan akademik serta mampu membentuk ketrampilan pelajar. Walaubagaimanapun kecemerlangan akademik tidak menjamin kecemerlangan sahsiah pelajar. Oleh itu, program motivasi ini dilaksanakan seiring dengan program pembentukan sahsiah pelajar agar dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta mampu berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi.
Objektif/Matlamat Program:
1) Merangsang motivasi pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah.
2) Membentuk pelajar yang beretika.
3) Melahirkan pelajar yang berkualiti