HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2025

Alhamdulillah, pagi ini telah berlangsung Majlis Pendaftaran Pelajar baharu Tingkatan 1 sesi 2025. Seramai 213 orang pelajar telah berjaya mendaftarkan diri ke tingkatan 1 di sekolah ini. Mereka terdiri daripada 93 orang pelajar lelaki dan 118 orang pelajar perempuan. 

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan penjaga yang telah mendaftarkan anak mereka di SMAKT. Tahniah juga diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan pendaftaran ini berjalan lancar seperti yang dirancang.

Tag: 2025 Pendaftaran