
LENSA SEKOLAH | KEM MOTIVASI TINGKATAN 3
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Kuantan telah mengadakan program motivasi bagi pelajar Tingkatan 3 bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Tujuan pelaksanaan tersebut adalah untuk meningkatkan motivasi belajar dalam diri para pelajar. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dalam penglibatan sepanjang program dan selamat maju jaya kepada semua pelajar Tingkatan 3 dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.