LENSA SEKOLAH | SAY 'NO VALENTINE' FOR OUR SAFETY

KUANTAN - Satu taklimat kesedaran telah dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran pelajar terhadap isu yang melanda masyarakat sekeliling mereka. Antara yang didedahkan kepada para pelajar ialah isu 'Say No to Valentine' dan 'Safety First'. Pihak sekolah sangat mengambil berat akan kedua-dua isu ini dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selamat dan melahirkan generasi yang baik dari aspek jasmani dan rohani. Pihak sekolah juga berharap agar para pelajar mampu untuk mendisiplinkan diri dalam semua tindakan yang diambil dalam usaha menjayakan hasrat murni pihak sekolah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat.

Tag: Kempen 2018