PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN HIFZ AL-QURAN DAN TAJWID STAM 2026

28 Jun 2026 | Ahad

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Teknik Menjawab Soalan Hifz Al-Quran dan Tajwid STAM yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hasdi bin Mohamed Al-Hafiz, GPK Tingkatan 6 SMA Al-Maarif, PhD Universiti Malaysia Pahang.

Program ini memberi pendedahan kepada calon STAM tentang teknik menjawab soalan secara sistematik, tepat dan berkesan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STAM. Pendekatan sebegini selari dengan usaha memperkukuh penguasaan bidang Tahfiz dan pengajian Islam di peringkat STAM. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kurikulum, barisan guru serta semua warga Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar atas komitmen yang berterusan dalam menyediakan program akademik berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan calon STAM.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan menjadi manfaat dan pemangkin kejayaan buat semua calon STAM.

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR