KOMITMEN MEMPERKASA KUALITI PENGURUSAN SPM
Sebagai usaha memastikan pengurusan peperiksaan sentiasa memenuhi standard yang ditetapkan, Setiausaha SPM KULLIAH Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Sir Miscat, telah menghadiri Bengkel Penjaminan Mutu Berdasarkan Instrumen Pemantauan Perekodan SPM Daerah Pekan yang berlangsung di SMK Chini Timur.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen Pengetua, Guru Penolong Kanan Kurikulum serta pihak pengurusan sekolah dalam memastikan urusan pengurusan dan perekodan SPM dilaksanakan dengan sistematik, tepat dan berkualiti. Ilmu serta input yang diperoleh akan dimanfaatkan bagi memperkukuh pengurusan peperiksaan demi kecemerlangan calon SPM KULLIAH.
Semoga usaha berterusan ini dapat meningkatkan lagi kualiti pengurusan akademik dan melonjakkan kecemerlangan SPM KULLIAH Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar pada masa hadapan.