TAHNIAH & SYABAS | KEJAYAAN MEMBANGGAKAN KULLIAH DALAM PERTANDINGAN DARE TO SPELL 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Mohamad Ammar Ashraf bin Mohd Yusri, pelajar KULLIAH Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, atas kejayaan meraih Naib Juara Pertandingan Dare to Spell (Kategori Sekolah Menengah) sempena Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Daerah Pekan 2026 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan. Pertandingan ini menguji kemahiran ejaan, kosa kata dan keyakinan berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen Pengetua, Guru Penolong Kanan Kurikulum serta guru-guru pembimbing yang sentiasa memberikan bimbingan, sokongan dan latihan berterusan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KULLIAH untuk terus melakar kecemerlangan serta mengharumkan nama sekolah di pelbagai peringkat.

Tahniah kepada Mohamad Ammar Ashraf bin Mohd Yusri dan guru pembimbing atas kejayaan yang membanggakan ini!

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR