SEMINAR MADAH INSYA' & MUTOLA'AH | MEMPERKASA KEMAHIRAN BAHASA ARAB
Dalam usaha memperkukuh penguasaan Bahasa Arab, Panitia Insya' & Mutola'ah KULLIAH Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar telah menganjurkan Seminar Madah Insya' & Mutola'ah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmed Jawwad. Seminar ini bertujuan meningkatkan kemahiran penulisan, kefahaman serta penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan dan kecemerlangan akademik.
Penganjuran seminar ini mencerminkan komitmen tinggi Pengetua, Guru Penolong Kanan Kurikulum serta barisan guru dalam memastikan setiap pelajar menerima bimbingan terbaik melalui program akademik berimpak tinggi. Kerjasama erat antara pihak pentadbiran, panitia dan guru-guru menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan budaya ilmu serta meningkatkan pencapaian pelajar secara berterusan.Semoga ilmu yang diperoleh sepanjang seminar ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Arab, sekali gus melahirkan generasi yang berilmu, berketerampilan dan mampu mengangkat kecemerlangan KULLIAH pada masa hadapan.
"Ke Arah Penguasaan Penulisan dan Kefahaman Bahasa Arab yang Cemerlang."