TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN CEMERLANG SPM 2025
Pada 31 Mac 2026 (Selasa), jam 10.00 pagi, telah diumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar dengan penuh rasa syukur merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar Tahfiz Bestari atas pencapaian yang amat memberangsangkan.
Peningkatan keputusan yang ditunjukkan membuktikan kesungguhan, ketekunan serta komitmen tinggi para pelajar dalam menyeimbangkan kecemerlangan akademik dan penguasaan Al-Quran.
Sekalung penghargaan dan tahniah turut ditujukan kepada barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa serta seluruh warga kulliah atas sokongan, bimbingan dan doa yang berterusan dalam memastikan kejayaan ini dapat dicapai.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan serta melahirkan generasi huffaz yang cemerlang dunia dan akhirat.