Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 1447H/ 2026M

Pada pukul 8.30 pagi, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah anjuran Unit Kerohanian Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar bagi meraikan para pelajar yang berjaya menyempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran serta menyemarakkan kecintaan terhadap kitab suci tersebut dalam kalangan warga sekolah. 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para pelajar dan diakhiri dengan doa khatam Al-Quran sebagai tanda kesyukuran. Turut disampaikan ucapan pengetua dalam Bahasa Arab sebagai usaha memupuk budaya pertuturan Bahasa Arab dan memperkasakan bahasa Al-Quran dalam kalangan pelajar.

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR