Majlis Perasmian Pembukaan & Penyerahan Peserta Program Sekolah@MMU Perdana Darul Makmur
Majlis Perasmian Pembukaan & Penyerahan Peserta Program Sekolah@MMU Perdana Darul Makmur
Majlis Perasmian Pembukaan dan Penyerahan Peserta Program Sekolah@MMU Perdana Darul Makmur telah berlangsung dengan jayanya di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM).
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Lebai Idris bin Ali, Pengetua sekolah. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar melalui aktiviti pembangunan sahsiah, kepimpinan serta kerjasama bersama fasilitator program.
Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah penyerahan sumbangan kepada pihak sekolah, ikrar fasilitator serta persembahan montaj program.
Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini demi pembangunan potensi pelajar.