TAZKIRAH SUBUH BAHASA ARAB

PEKAN, 19 JANUARI 2025 / 19 REJAB 1446H (AHAD)
Pagi ini, Dr. Berhan Jaber menyampaikan tazkirah subuh dengan perkongsian hadis Rasulullah SAW
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam, sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jirannya, sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Semoga perkongsian ini menjadi panduan buat pelajar-pelajar STAM dan SPM yang sedang menghadapi suasana peperiksaan. Moga Allah SWT memberkati usaha kalian.

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR