Mohon doakan kesembuhan Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin dari COVID-19

   Pada jam 9.00 malam 2 September 2021, satu majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan di kalangan warga SMAM untuk memohon kesembuhan kepada Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri bin Shamsuddin yang telah positif COVID dan kita telah ditidurkan pada petang tadi kerana kekurangan oksigen. Beliau kini dirawat di Hospital Serdang. Untuk makluman, beliau baru sahaja pulang dari Mesir kerana mengiringi sekumpulan pelajar Pahang yang berjaya menyambung pelajaran di sana. Sepulangan beliau dan pengiring-pengiring lain, mereka telah dikuarantin di Kuala Lumpur dan seterusnya beliau menunjukkan simptom-simptom jangkitan COVID-19.
   Marilah kita mendoakan agar ALLAH swt memberikan kesembuhan segera kepada beliau dan semua yang dijangkiti Covid-19 ini. Aamiiiiin.

Tag: SMAM COVID-19 2021