Mereka Masih Di Sini....(23 November 2019)

    SMAM sudah sunyi apabila pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 4 telah pulang ke rumah masing-masing sempena cuti akhir tahun 2019. Kini yang tinggal ialah pelajar-pelajar tingkatan 5 dan warden-warden yang menjaga mereka. Mereka akan berada di SMAM sehingga Khamis 27 November 2019 iaitu hari terakhir peperiksaan SPM mereka. SPM 2019 hanya berbaki 2 subjek lagi iaitu ekonomi pada 26 November dan Sains pada 27 November 2019. Mereka kini diberikan kelas tambahan intensif oleh guru Ekonomi dan Sains. Marilah kita doakan kejayaan cemerlang mereka dalam SPM 2019. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019