MESYUARAT PENYELARASAN PEMBINAAN ASPURI SMAM

   Satu mesyuarat membincangkan pembinaan ASPURI SMAM untuk menggantikan ASPURI yang terbakar pada tahun 2017 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMAM pada hari Khamis 24 Oktober 2019. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang (YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN.) , Pengarah JAIP (YH. Dato' Haji Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, DIMP.,SMP) ., KP Pendidikan JAIP (Ustaz Mohamad Bin Abd Rahman), Pengetua SMAM (Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin) dan wakil dari setiap jabatan yang akan terlibat dengan pembinaan ini. Semoga pembinaan ASPURI SMAM ini akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat atas keperluan yang semakin mendesak. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019