PERHIMPUNAN RASMI ISNIN 13 MEI 2019

    Perhimpunan bermula dari jam 7.15 pagi hingga 8.05 pagi di tapak perhimpunan bersebelahan Dewan Tun Abd Razak. Perhimpunan diadakan di luar dewan kerana dewan telah digunakan sebagai surau untuk solat isyak dan terawih berjemaah sempena Ramadhan. Guru bertugas pada minggu ini ialah Cikgu Nurul Izzah. Dalam perhimpunan ini guru-guru yang memberikan ucapan ialah, Ustaz Azrul, Cikgu Izzah, Ustazah Jazlina, Ustazah Azifah dan Ustaz Shamsuri. Majlis ditutup dengan doa oleh MC dan Pembaca Doa, Saudara Amiruddin.

Tag: SMAM 2019