Makluman Kepada Ibu Bapa / Penjaga

  Adalah dimaklumkan bahawa Karnival Falak akan diadakan di SMA Maran pada hari Sabtu 23 Februari 2019 bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 malam. Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar asrama tidak dibenarkan pulang ke kampung pada hujung minggu ini kerana semua pelajar asrama akan terlibat dengan karnival ini. 
  Semua ibubapa/penjaga adalah dijemput untuk menghadiri karnival ini. Jemputan juga dibuka kepada semua penduduk setempat atau mana-mana individu yang berminat terutamanya pada sesi di sebelah malam di mana pencerapan akan dibuat. Sekian Terimakasih.

Tag: SMAM 2019