Perhimpunan Rasmi Isnin 18 Februari 2019

   Perhimpunan rasmi Isnin 18 februari 2019 di pengerusikan oleh Saudara Amiruddin. Ianya bermula pada pukul 7.15 pagi dan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamatkan Sultan dan lagu SMAN. Selepas itu guru bertugas minggu lepas, ustaz Syarafi, memberikan ucapan mengenai aktiviti minggu lepas. Seterusnya ucapan oleh guru bertugas minggu ini Cikgu Asmar, diikuti oleh ucapan Ustazah Jazlina yang menyentuh mengenai kem kepimpinan  yang diadakan pada hujung minggu lepas, ucapan Ustaz Azrul mengenai disiplin di asrama, ucapan Cikgu Wan Amran yang menyentuh mengenai adab menyimpan Al-Quran, ucapan GPK Koku mengenai MASISUPA Zon 2, ucapan GPK Pentadbiran mengenai program yang akan diadakan pada hari Jumaat ini iaitu Ceramah Keselamatan Cyber dan akhirnya ucapan pengetua mengenai disiplin dan syarat-syarat untuk diterima di asrama tahun 2020 iaitu lulus 50% dalam peperiksaan akhir tahun dan sekiranya tidak mencapai dikenakan syarat hafazan surah-surah tertentu. Perhimpunan ditutup dengan bacaan doa oleh Amiruddin.

Guru Bertugas Minggu ini (18 - 22 februari 2019):

1. Ustaz Zakwan
2. Cikgu Asmar

Tag: SMAM 2019