Majlis Forum: Cintai Ilmu Cemerlang Hidup

    Satu majlis forum bertajuk cintai ilmu cemerlang hidup telah diadakan di Dewan Tuan Abd Razak SMAM pada 5 Oktober 2017. Majlis melibatkan tiga tokoh ilmuan iaitu Bro Saiful, Ustaz Idris Derus dan Ustaz Hanif bin Mohamed. Majlis ini telah dihadiri oleh semua warga SMAM. Majlis ini sebenarnya bertujuan untuk memberikan motivasi kepada semua pelajar untuk tekun dalam menuntut ilmu dengan mengupas kepentingan, kaedah belajar dan tips tips untuk cemerlang berdasarkan konsep Islam. Alhamdulillah forum ini berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar nampak teruja dengan isi kandungan yang diberikan oleh tokoh-tokoh ilmu yang dijemput. Alhamdulillah.

Tag: dewan forum cintai ilmu cemerlang hidup 2017