Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong

Hidup Beragama

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR

           

             Satu ceramah motivasi peningkatan sahsiah diri para pelajar dan warga Sekolah Menengah Agama Al Ulum Addiniah Dong telah diadakan pada hari Khamis ,13 Julai 2017 di dataran perhimpunan sekolah. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan julung kali diadakan oleh Biro Kerohanian Smad dengan menjemput YH Dato’ Us. Badlishah bin Alauddin, merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau  JAIP. Beliau  memberi nasihat kepada para pelajar agar sentiasa membawa buku nota, pen dan kertas sebagai bahan untuk mencatat ilmu walau dimana sahaja berada. Beliau juga mengingatkan para  pelajar tentang ikatlah ilmu itu dengan tulisan.Para pelajar dan warga Smad  amat terkesan dengan ilmu dan nasihat yang disampaikan oleh beliau. Ceramah selama satu jam setengah itu berlalu dengan begitu pantas justeru seluruh warga Smad berterima kasih dan berharap agar Dato’ Us. Badlishah sudi untuk  menaburkan mutiara ilmu lagi kepada kami.

 

Disediakan oleh 

Nur Elia Husna Mohd Khair

Tag: ceramahmotivasipelajar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini